PROFILE PERSATUAN
NAMA PERTUBUHAN
:
PERTUBUHAN
KORPORAT MELAYU MALAYSIA
“MALAY
CORPORATE ASSOCIATION OF MALAYSIA”
DENGAN NAMA
RINGKASNYA :
KORPORAT
MALAYSIA
ALAMAT :
NO. 15, ARAS 1, JALAN RAJA,
35000 TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH
24 JUN 2013
(DIBAWAH AKTA
PERTUBUHAN 1996)
COGANKATA PERTUBUHAN :
KORPORAT
BERKUALITI,
BERINTEGRITI, BERINTEGRASI
MISI
DAN VISI
MISI
PERTUBUHAN :
KEARAH
SEBUAH ORGANISASI KEKORPORATAN BERTERASKAN KEBAJIKAN DAN KEMAHIRAN YANG
BERLANDASKAN KEPADA LMU-ILMU KEMAHIRAN DAN PEMBANGUNAN INSAN YANG AKAN
MENJADIKAN AHLI-AHLI KORPORAT YANG BERKUALITI DAN BERTARAF DUNIA.
VISI
PERTUBUHAN :
MELAHIRKAN
INSAN KORPORAT YANG BERSIFAT MULIA, BERKUALITI, DINAMIK, KREATIF DAN TINGGI
SEMANGAT JATI DIRI YANG TELAH BERJAYA DIDIDIK DI DALAM MERUBAH INTELEK UNTUK
MENCAPAI KEJAYAAN DI DALAM KEHIDUPAN BAIK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
KEJAYAAN
MERUBAH SIFAT DIRI DAN MINDA AKAN MELAHIRKAN INSAN KORPORAT YANG PENYAYANG,
BERTOLERANSI, BERSIH JIWA, BERSIH AKHLAK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI AKAN
MELAHIRKAN NEGARAWAN KORPORAT YANG AMANAH, JUJUR, SETIA YANG MENJADI TUNJANG
DAN TERAS PEMBANGUNAN SASIAH UMMAH YANG DAPAT MEMBINA BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
YANG BERTAMADUN.
OBJEKTIF
TUJUAN DAN MATLAMAT
(1) Mengeratkan hubungan
silatulrahim di kalangan usahawan dan bakal-bakal usahawan yang bernaung
dibawah Pertubuhan ini bagi memupuk perpaduan serta kerjasama di kalangan
ahli-ahli pertubuhan, serta masyarakat yang terdiri dari berbilang bangsa,
agama dan peringkat umur.
(2) Menyelaraskan
aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan ahli-ahli kearah hidup bermasyarakat
yang lebih Berkualiti, Berintegrasi dan
Berintegriti. Serta dapat membantu di dalam satu jaringan kerjasama perniagaan
bagi maksud menitik beratkan persaingan yang sihat di dalam pelbagai bidang
perniagaan bagi kemudahan, kepentingan dan keperluan rakyat.
(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan
seperti mengada dan menganjurkan Forum, Persidangan, Pendidikan dan Penerbitan.
Pertubuhan ini akan juga menjalinkan Persahabatan dengan pelbagai Organisasi di
Malaysia dan di peringkat Antarabangsa yang selari dengan matlamat dan hala
tuju Pertubuhan ini.
(4) Mengumpul dan Menyalurkan segala maklumat
mengenai keusahawanan. Pertubuhan ini akan membina dan menyediakan segala
keperluan serta kemudahan asas kepada ahli untuk mencapai kejayaan di dalam
bidang keusahawanan bagi meningkatkan perkembangan sosio ekonomi ahli-ahli di
dalam bidang masing-masing.
(5) Memimpin
dan bertindak sebagai badan yang mewakili ahli-ahli dalam
segala pengurusan mengenai penyelidikan dan pembangunan infrastruktur bagi
kemajuan dan keselesaan para usahawan bertujuan memastikan peningkatan tahap
kualiti dan peningkatan sosio ekonomi di daerah masing-masing sejajar dengan
matlamat Kerajaan.
(6) Menyediakan satu landasan pembangunan dan penyelidikan
keusahawanan korporat di dalam mengwujudkan sebuah gedung ilmu yang
menjadi tumpuan setiap ahli-ahli bagi
membudaya dan mecaknakan ilmu kekorporatan bagi mencorak dan membentuk kemahiran, intelek, rohani, emosi dan jasmani
agar dapat menambah dan meningkatkan jati diri usahawan untuk menjadi satu esat Negara yang berkualiti, berdedikasi dan
berintigeriti.
PERANAN
Asas dan tujuan KORPORAT MALAYSIA ditubuhkan
ialah untuk menyatukan kalangan usahawan, bakal usahawan dan mereka yang
berminat di dalam bidang keusahawanan. Peranan KORPORAT MALAYSIA untuk memupuk semangat kerjasama serta saling
bantu membantu dan berfungsi sebagai satu organisasi yang akan:-
1 Menyatukan ahli-ahli dalam sebuah
organisasi yang bermatlamat untuk membina dan melahirkan usahawan yang
bertaraf Korporat.
2. Mendidik, melatih dan membimbing ahli-ahli untuk memperolehi kemahiran dan
pengalaman di dalam bidang keusahawanan sehingga keperingkat global.
3. Mencari dan mengenal pasti peluang-peluang keusahawan dan pasaran untuk
diceburi oleh ahli-ahli yang bernaung di bawah KORPORAT MALAYSIA.
4.
Melahirkan usahawan-usahawan yang berilmu, produktif dan berdaya saing yang
cemerlang. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan
ahli-ahli kearah kehidupan bermasyarakat yang lebih Berqualiti, Berintegriti
dan Berintegrasi. Serta dapat membantu di dalam satu jaringan kerjasama
perniagaan bagi maksud menitik beratkan persaingan yang sihat di dalam pelbagai
bidang perniagaan bagi kemudahan, kepentingan dan keperluan rakyat.
5. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti
mengada Dan menganjurkan Forum, Karnival, Ekspo, Persidangan, Pendidikan, dan
Penerbitan. KORPORAT MALAYSIA juga
akan menjalinkan persahabatan dengan pelbagai Organisasi di Malaysia dan di
Peringkat Antarabangsa yang selari dengan matlamat dan hala tuju Pertubuhan
ini. KORPORAT MALAYSIA membantu
menyelaras, mengumpul dan menyalurkan segala maklumat mengenai keusahawanan,
membina dan menyediakan segala kemudahan asas kepada ahli untuk mencapai
kejayaan di dalam bidang keusahawanan bagi
meningkatkan perkembangan sosio ekonomi ahli-ahli di dalam bidang
masing-masing.
MENURUT
PELEMBAGAAN PERTUBUHAN KORPORAT MELAYU MALAYSIA
PERLANTIKAN
PENASIHAT/PENAUNG DALAM FASAL 14 (1).
PENASIHAT
PERTUBUHAN
YANG
BERBAHAGIA ORANG KAYA-KAYA PANGLIMA BUKIT GANTANG SERI AMAR DIRAJA,
DATO’ SERI YEOP JUNIOR BIN HAJI YEOP ADLAN
SPMP,
DPMP, PJN, PMP, JP, PJK.
ORANG
BESAR JAJAHAN BATANG PADANG,
TAPAH.