Wednesday, 14 August 2013

Kelebihan Korporat Malaysia

PERTUBUHAN KORPORAT MELAYU MALAYSIA
”MALAY CORPORATE ASSOCIATION OF MALAYSIA
(PPM-013-08-24062013)
“KORPORAT MALAYSIA”
KELEBIHAN KORPORAT MALAYSIA.

Asas dan tujuan KORPORAT MALAYSIA (KM) ditubuhkan ialah untuk menyatukan kalangan usahawan, bakal usahawan dan mereka yang berminat di dalam bidang keusahawanan. Peranan KM untuk memupuk semangat kerjasama serta saling bantu membantu dan berfungsi sebagai satu organisasi yang akan:-

1 Menyatukan ahli-ahli dalam sebuah  organisasi yang bermatlamat untuk membina dan melahirkan usahawan yang bertaraf Korporat.

2. Mendidik, melatih dan membimbing ahli-ahli untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di dalam bidang keusahawanan sehingga keperingkat global.

3. Mencari dan mengenal pasti peluang-peluang keusahawan dan pasaran untuk diceburi oleh ahli-ahli yang bernaung di bawah KM.

4. Mengadakan khidmat nasihat kepada ahli-ahli yang ingin menceburi lapangan keusahawanan dengan lebih terancang. KM juga akan memberikan Pengiktirafan dan Peanugerahan kepada usahawan yang berjaya pada setiap tahun mengikut tahap prestasi piawaian yang telah ditetapkan. Kategori Anugerah adalah seperti berikut :- Anugerah Syarikat Korporat Gemilang Malaysia, Anugerah Perniagaan Enterprise Gemilang Malaysia, Anugerah IKS Gemilang Malaysia, Tokoh Ahli Korporat Berwawasan Malaysia, Anugerah Tokoh Ahli Korporat Berwawasan Antarabangsa, Anugerah Tokoh Ahli Korporat Muda Malaysia, Anugerah Tokoh Ahli Korporat Muda Antarabangsa, Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Inovasi & Rekacipta Malaysia, Anugerah Kemahiran Pembuatan Teknologi Tinggi Malaysia, Anugerah Peladang Berjaya Malaysia, Anugerah Peternak Berjaya Malaysia, Anugerah Nelayan Berjaya Malaysia.

5. Melahirkan usahawan-usahawan yang berilmu, produktif dan berdaya saing yang cemerlang. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan ahli-ahli kearah kehidupan bermasyarakat yang
lebih Berqualiti, Berintegriti dan Berintegrasi. Serta dapat membantu di dalam satu jaringan kerjasama perniagaan bagi maksud menitik beratkan persaingan yang sihat di dalam pelbagai bidang perniagaan bagi kemudahan, kepentingan dan keperluan rakyat.

6.Menyelaraskan aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti mengada Dan menganjurkan Forum, Karnival, Ekspo, Persidangan, Pendidikan, dan Penerbitan. KM juga akan menjalinkan persahabatan dengan pelbagai Organisasi di Malaysia dan di Peringkat Antarabangsa yang selari dengan matlamat dan hala tuju Pertubuhan ini. KM membantu menyelaras, mengumpul dan menyalurkan segala maklumat mengenai keusahawanan, membina dan menyediakan segala kemudahan asas kepada ahli untuk mencapai kejayaan di dalam bidang keusahawanan bagi  meningkatkan perkembangan sosio ekonomi ahli-ahli di dalam bidang masing-masing. Termasuk membantu menyediakan kertas kerja pinjaman dengan agensi-agensi kerajaan dan bank-bank tempatan. KM juga ada menyediakan dana asas perniagaan kepada ahli yang baru ingin memulakan perniagaan yang dikenali sebagai Tabung Asas Perniagaan (TAP).

7. Satu pendekatan sistem Holestik yang digunakan oleh KM untuk membentuk usahawan yang berjaya di dunia dan di akhirat ialah memastikan Individu Muslim yang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya perlu melengkapkan diri dan memberi penekanan kepada tiga aspik utama iaitu:

a)Akidah
b)Syariah
c)Akhlak

Tiga perkara tersebut perlu difahami dan dipelajari yang mana ia adalah daripada ilmu fadhu ain yang diwajibkan kepada setiap muslim untuk menghasilkan tonggak kekuatan keperibadian individu muslim yang melibatkan diri dalam kerjaya keusahawanan.

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud :
“Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama Para Nabi-Nabi, Para Siddiqin dan Para Syuhada.

8. Kelebihan KM ialah membawa Suatu transformasi Jaringan Corporate System Mentoring (COSMEN), (Sistem Penasihat  Korporat) Dalam 4 konsep Gabungan dengan sengkatan nama “TRAMACMA” iaitu :-

TRAINING (LATIHAN)
Menentukan latihan yang diperlukan oleh usahawan dan latihan boleh dikendalikan secara internal dan external. Terutama dalam bidang kemahiran pengurusan dan pemasaran.


MATCHING (BERPADANAN)
Mempertemukan para usahawan bagi menyediakan pasarana dalam proses mendapatkan sumber bahan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di dalam rangkaian jaringan sesama rakan-rakan korporat. Serta menilai kesepadanan perniagaan yang akan diceburi terutamanya bakal usahawan atau usahawan baru yang tercari-cari peluang utuk memulakan perniagaan yang menguntungkan.

COACHING (BIMBINGAN)
Meletakkan seorang usahawan yang telah Berjaya dalam perniagaan selama 5 tahun untuk menjadi mentor kepada usahawan-usahawan kecil dan baru untuk mencapai sasaran pengurusan pemasaran mengikut perancangan yang telah diaturkan.

MARKETING (PEMASARAN)
Diperingkat akhir KM akan turut merancang dan menyediakan landasan sains kepergunaan dan pemasaran di dalam R & D untuk memantapkan keberkesanan jaringan pemasaran yang melibatkan semua ahli-ahli bagi melancarkan Program Strategi Gelombang Ekonomi Melayu Serantau (STRAGEMS).

KORPORAT

BERKUALITI,BERINTEGRITI,BERINTEGRASI

No comments:

Post a Comment