Wednesday, 14 August 2013


PROGRAM  TERBAIK MENAMBAH PENDAPATAN
DI RUMAH BAGI WANITA HARAPAN NEGARA.

KORPORAT MALAYSIA melancarkan gerakan kempen Kerja Dari Rumah (KDR) untuk wanita yang ingin membina kerjaya sepenuh masa dari rumah. Program ini adalah satu lagi inisiatif KORPORAT MALAYSIA bagi mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dari rumah. Konsep Keusahawan Komuniti (Community Entrepreneurship)  dan Komuniti Sematlamat (Communities of purpose)  yang diperkenalkan oleh KORPORAT MALAYSIA telah banyak membantu wanita yang tidak lagi mampu keluar bekerja akan terus dapat menjana pendapatan yang lumayan. Program ini dipanggil Usahawan Industri Wanita Berkumpulan (UIWB),  ia terbuka kepada mereka dari kalangan keluarga miskin dan berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal, suri-suri rumahtangga dan golongan OKU yang bercita-cita untuk meningkatkan sosio ekonomi keluarga. Antara program perniagaan yang dipilih dan akan diusahakan oleh peserta adalah seperti berikut :

1-     Pembuatan Susu Pekat Manis Berkrim.
2-     Pembuatan Kuih Putu Buluh Pelbagai Citarasa.
3-     Menghasilkan Tauhu Kering.
4-     Menghasilkan Taufufah.
5-     Menghasilkan Tempe.
6-     Menjahit Pakaian Wanita (Tender Pakaian disediakan).
7-     Dan lain-lain Produk Makanan Dan Pembuatan IKS.


KORPORAT MALAYSIA akan membimbing dan memantau projek keusahawanan ini sehingga para Usahawan Industri Wanita Berkumpulan (UIWB) berjaya di dalam perniagaan yang diceburi. KORPORAT MALAYSIA akan sentiasa bekerjasama dengan Pelbagai agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pembiayaan projek ini di tanggung sepenuhnya oleh KORPORAT MALAYSIA. Kursus-kursus Asas Pengurusan Perniagaan dan kursus Pembuatan Industri Pemakanan akan diberikan secara percuma. Para peserta juga akan di berikan pelindungan insuran berkelompok dan khairat kematian sepanjang berada di dalam projek ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan peserta tidak diabaikan.

1 comment:

  1. Casino and Racing | Drmcd
    We love being 과천 출장마사지 in the 남원 출장샵 live 군포 출장샵 gaming 부산광역 출장안마 business. 대전광역 출장샵 We have over 25 years in business, including our first major Las Vegas property. This is the second major casino

    ReplyDelete